Monday, 4 June 2012

~TIP MENJAGA PANDANGAN~

- Ingatlah bhwa Allah Maha Melihat. Walaupun ketika sendirian di hadapan komputer atau ketika sedang membelek majalah sendirian. - MATA akan menjadi saksi pada hari akhirat kelak. ... - MALAIKAT sentiasa mencatat amal perbuatan tanpa tercicir walau sebesar atom amalan pun. - Ingin cinta kepada Allah bertambah dan tidak terus susut? Antara caranya adalah menundukkan pandangan. Dengan menundukkan pandangan, Allah akan menambahkan cahaya iman ke dalam hati. - Alah bisa tegal biasa. Mula-mula mungkin agak susah tetapi Allah akan membantu hamba-Nya yg berusaha menjaga pandangannya daripada perkara yang haram. Berkat mujahadah dan bersabar meninggalkan kemungkaran, lama kelamaan terasa mudah dan senang menjaga penglihatan. - Masih bujang? Kalau masih bujang dan susah menjaga pandangan, maka penyelesaiannya ialah berkahwin kerana ia mampu membantu menundukkan pandangan. - Jika sudah berkahwin pun perlu menjaga pandangan. Mata yang liar memandang sesuatu yg haram akan menyebabkan rasa hambar kepada isteri yg halal kerana syaitan sentiasa menghiasi perkara yg haram supaya kelihatan indah walaupun hakikatnya ia buruk. - Menahan diri drpda mmndg sesuatu yg menawan merupakan suatu ‘pengorbanan’. InsyaAllah, kelak Allah akan menggantikannya dgn sesuatu yg lebih baik. Rasulullah saw bersabda yg bermaksud : “ Sesungguhnya, engkau tdk meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Allah akan menggantikan dgn cara yg lebih baik drpadanya bagi engkau." (Riwayat Ahmad) - Jauhi tempat maksiat, dan jauhi kawan yg menyeru ke arah kemungkaran dan situasi yg boleh mndorong kpd kejahatan. - Basahkan lidah dan hati dengan zikir kerana itu benteng drpda godaan syaitan. ~Solusi isu 44~ ^^,

No comments:

Post a Comment