Sunday, 4 December 2011

d0sa mengumpat....:)

~ Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah s.a.w pernah menjelaskan mengenai perbuatan mengumpat ini seperti dalam sabda Baginda yang bermaksud, "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"-(Hadis Riwayat Muslim)

~ Perbuatan mengumpat in berlaku samada secara disedari atau tidak. Malah, perbuatan itu termasuklah apabila menyebut atau menceritakan sesuatu keburukan, biarpun tanpa menyebut nama pelakunya, namun ia masih jelas dan mampu diketahui oleh orang yang mendengarnya.

~ Selain daripada itu, perbuatan mengumpat ini juga di umpamakan sama seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudaranya sendiri. Jelas dan nyata dosa mengumpat bukan sahaja besar, malah ia merupakan antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah s.w.t biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang menjadi mangsa umpatan. Selagimana orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat kelak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat."-(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

~ Oleh kerana perbuatan ini sudah menjadi kebiasaan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu dosa. Hakikatnya inilah yang perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat serta mencari kesalahan orang lain, hanya akan mendedahkan sikap atau perwatakan si pelaku dan juga menghilangkan rasa tidak percaya kepada si pelaku. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermakud, "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"-(Hadis riwayat Abu Daud)

~ Amatlah rugi jika perbuatan mengumpat ini dijadikan sebahagian daripada amalan kita dalam kehidupan. Hal ini kerana, orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat dan pada rekod amalan seharian mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah dengan semudahnya ibarat api yang memakan kayu kering sehingga tidak meninggalkan apa-apa. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering. Pahala yang dikumpulkan sebelum ini akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi". Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, bahawa di akhirat seorang hamba Allah s.w.t terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah s.w.t, "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah s.w.t menjawab, "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

~ Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah yang dikatakan orang muflis di akhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu, perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada perbuatan mengumpat kerana kehidupan tanpa "mengumpat" mampu memberikan ketenangan yang nyata..

*rujukan: Suara Persatuan Ulama Online, Dr. HM Tuah Iskandar Al- Haj
*foto: sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment