Wednesday, 23 November 2011
...wahai pencinta islam....
1) Sembahyang....
♥ Yang biasa: Ramai dari kita yang sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.
♥ Luar biasa: Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang.
Kalau begitu, sahihlah dia orang luar biasa.
2) Sedekah......
♥ Yang biasa: Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh Tuhan.
♥ Luar biasa: Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau taksub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah akan turun rahmat serta keampunan Tuhan.
3) Berjaga malam......
♥ Yang biasa: Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.
♥ Luar biasa: Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan muhasabahkan diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dariNya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.
4) Kerja.......
♥ Yang biasa: Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Tuhan punya kuasa.
♥ Luar biasa: Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Tuhan. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Tuhan. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Tuhan sehingga tersilap menggunakan nikmat dariNya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Tuhan . Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.
♥ Renungan:
Semoga diriku dan semua pembaca mengambil iktibar dan berusaha menjadi orang yang "Luar Biasa" kepada Allah SWT... Semoga Allah SWT akan sentiasa merahmati kita dalam setiap perubahan kita keranaNya... InsyaAllah... Aminnn....(^_^)....
Tuesday, 22 November 2011
AKU TIDAK SOLAT...TETAPI AKU TETAP BERJAYA...itu adalah istidraj...apa itu ISTIDRAJ???
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula
Sunday, 20 November 2011
Doa untuk ibu n ayah...
YA ALLAH..
Ampunilah dosa kedua ibu bapa hamba..
Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi hamba sewaktu kecil..
Rendahkanlah suara hamba bagi mereka,
Perindahkanlah ucapan hamba di depan mereka,
Lunakkanlah watak hamba terhadap mereka dan
Lembutkan hati hamba untuk mereka..
YA ALLAH,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
Atas didikan mereka pada hamba dan pahala yang besar
atas kasih sayang yang mereka limpahkan pada hamba,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara hamba..
Kuatkanlah juga keimanan mereka..
Berikanlah kesihatan yang baik untuk mereka..
Dan sampaikanlah mereka kepadaMu dengan sempurna..
YA ALLAH,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana hamba,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatan hamba,
jadikanlah itu semua penyebab terhapusnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenanMu Ya Allah..,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda..
YA ALLAH,
Bila magfirahMU telah mencapai mereka sebelum hamba,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untuk hamba
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah hamba memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunanMU
di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaanMU,
ampunanMU serta rahmatMU..
YA ALLAH
Sampaikanlah doa ini juga untuk adik-beradik hamba
Moga kami menjadi penyejuk hati dan mata keduanya
Moga kami teguh berbakti pada keduanya..
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tidak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih..
Aamiin Aamiin Ya Rabbal A’lamiin..
"jadilah anak yang boleh menyebabkan kedua orang tuanya masuk ke syurga"...insyaALLAH...

cinta di saat sakaratul maut..
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
.
.
Matahari kian tinggi, tetapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.
Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, aku tidak pernah melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
.
Malaikat maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tetapi itu masih tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan – lahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, sungguh sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
“Ya Allah, sungguh dahsyat azab maut ini, timpakan sahaja semua siksa maut ini kepadaku, janganlah pada umatku”.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangisan mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
”Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku..
Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Sumber: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/detik-detik-rasulullah-saw-menghadapi-sakaratul-maut/#ixzz0Opsj9aFw
Saturday, 19 November 2011
Salam khusus buat sahabat yang sedang diuji...
Bersabarlah..
Bukan Ilahi tidak tahu resah gelisah, luka duka, hancur luluh, perit pedih yang sedang engkau tanggungi.
Bukan Ilahi tidak tahu kesengsaraan yang terpaksa engkau galas.
Bukan Ilahi tidak tahu kesedihan di dalam dadamu...
Bukan Ilahi tidak tahu betapa banyaknya airmata yang mengalir dipipimu.
Sesungguhnya Dia lebih mengetahui dan Maha Mengetahui.
Bersabarlah..
Percayalah dan yakinilah...
Dia ada rahsia-Nya yang tersendiri.
Dia ada perancangan-Nya yang tertentu.
Kita cuma hamba.
Semoga dengan ujian dan dugaan ini..
Menambahkan lagi rasa kasih dan kecintaan kita kepada-Nya...
Buat semua sahabat yang sedang diuji...
~10..solat yang tidak di terima oleh ALLAH S.A.W~
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang MEMELIHARA solat, maka solat itu sebagai CAHAYA baginya, PETUNJUK dan JALAN SELAMAT dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
~► 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
~► 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
~► 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
~► 4. Orang lelaki yang melarikan diri.
~► 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
~► 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
~► 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
~► 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
~► 9. Orang-orang yang suka makan riba’.
~► 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang SOLATNYA itu TIDAK dapat menahannya dari melakukan PERBUATAN KEJI dan MUNGKAR, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan KEMURKAAN Allah S.W.T dan JAUH dari Allah.”
Luahan hati seorang adik...:)
“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Ku simpan memori ini disini, untuk tatapan insan yang lain dengan harapan ada doa buatnya. Kisah benar, luahan hati seorang adik....
Sebagaimana yang kalian tahu awal bulan ini saya menerima berita yang mengejutkan iaitu kematian abang tersayang. Masih dikira muda usianya.
Bayangkan tiba-tiba teman luahan jiwa suka duka saya “hilang” sekelip mata. Tidak sempat saya menatap serauk wajah abang dan menghadiahkan kucupan terakhir di dahinya. Rindunya pada wajah itu.
Bukan berat untuk melepaskan abang “pergi” tapi semuanya terjadi bagai satu mimpi. Air mata ini masih belum bisa terhenti, bila saja mengingati bahawa kini abang tiada lagi. Namun saya gagahi juga untuk menulis coretan ini…
Abang adalah anugerah terindah oleh Allah kepada kami empat orang adik beradiknya. Zaman remajanya, abang sia-siakan untuk kami, mungkin jarak usia yang membezakan kami dengan abang menyebabkan semua itu terjadi.
Selain Allah, abang adalah insan yang paling dekat dengan saya. Apa jua kesedihan pada jiwa ini hanya pada abang tempat saya meluahkan rasa. Pernah saya utarakan kepada ibu tentang kebimbangan saya jika abang “pergi”.
Setelah hospital menjadi rumah keduanya sejak empat tahun lalu. Saya sudah siap menghadapi detik-detik ini kerana saya tahu abang “tidak akan lama bersama kami”. Tidak sangka pula ia berlaku secepat ini....
Inilah luahan hati saya. Berat mata memandang berat lagi bahu saya yang memikul. Sesungguhnya berat ujian yang saya lalui tetapi berat lagi ujian kematian yang dihadapi oleh Rasulullah SAW. Mudah-mudahan dengan catatan ringkas ini ada pengajaran untuk saya dan teman-teman tatapi dalam ratapan hati ini…
Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian.
Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.
Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan,saya akan belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah.
Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib. Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi.
Abu Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Tinggallah Rasulullah SAW dengan kekasih hatinya, Khadijah. Namun, tidak berapa lama Khadijah pula mengikut jejak bapa saudaranya. Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan.Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya.
Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin yang sangat dimanjakan.
Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”
Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya.
Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa. Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.
Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya: “Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya”. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” begitu juga sebaliknya. Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” begitu jua sebaliknya.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”
Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Tulisan ini cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki itu. Mudah-mudahan teman-teman dan saya sendiri akan dapat menghayati kata kunci di sebalik kisah hidup insan yang paling bahagia ini. Setiap insan yang tidak pernah melalui tidak akan merasa berat ujianNya kematian insan yang amat disayangi.
“Perginya” tidak akan pernah ada gantinya. Bukan niat membuka pekung di dada tapi sekadar luahan rasa, semoga luahan ini dapat meringankan beban yang ada. Al- Fatihan buat satu-satunya abang tersayang arwah Muhammad Safwan b Hashim... amin....
~Terima kasih sayang yang tidak terhingga untuk kalian......~
Wednesday, 2 November 2011
Pemakaian..niqab/purdah...or cadar...
Ramai orang tahu apa itu niqab. Bahasa popularnya dahulu adalah purdah. Antara bahasa yang kurang popular adalah cadar. Tapi saya memang tak pakai la perkataan cadar ni. Sebab cadar saya guna untuk kain yang menyelimuti katil. Tapi itu saya la ya. Saya selalu sebut niqab atau purdah sahaja.
Niqab ni, selepas saya baca dan kaji sikit, pengakhiran terhadap hukumnya ada dua. Yakni harus pakai, dan wajib pakai (mngikut apa yang saya baca, pemakaian purdah ni adalah wajib brdsarkn fatwa Imam Syafie) . Namun majoriti ulama’ berada di pihak harus pakai. Hanya kebanyakan ulama’ Arab Saudi sahaja yang mewajibkan, itu pun ada antara ulama’ saudi seperti Sheikh Nasiruddin Al-Bani menyatakan tidak wajib.
Saya bukan nak bahas fasal hukum. Saya cuma nak menyampaikan sesuatu berkenaan hal niqab.
Ini cetusan daripada sahabat saya di Jordan ini. Bermula dengan pertanyaan:
“Hilal, orang pakai niqab ni sebab tak mahu jadi fitnah. Jadi apa pandangan enta terhadap orang yang pakai niqab, tapi pergi tangkap gambar sendiri lepas tu letak kat facebook, friendster untuk tayangan ramai?”
Rasa aneh
Bicara sahabat saya tadi mengetuk minda saya. Benar, saya perasan akan situasi yang dia ceritakan itu. Ramai aje kalau saya melompat-lompat facebook atau friendster, hatta blog dan website pun, kelihatan gambar orang berniqab tapi kemudian tangkap gambar sendiri(gaya macam-macam la kan).
Kenapa buat begitu?
Saya rasa aneh.
Tujuan pemakaian niqab, sama ada wajib atau harus, adalah untuk mengelakkan fitnah. Kalau dalam hukum wajib, niqab dipakai kerana perempuan itu menjadi sumber ujian kepada lelaki dan untuk memuliakan serta menjaga perempuan itu sendiri. Kalau hukum harus pula, niqab dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling. Contohnya kalau dia terlalu cantik, maka dia perlu memakai purdah agar kurang sedikit perhatian orang kepadanya. Ditakuti, perhatian orang itu akan menimbulkan fitnah.
Tapi, kenapa tangan gambar dengan pelbagai aksi dan angle kalau tujuan memakai niqabnya adalah seperti tadi? Kemudian letak pula di tempat yang menjadi tontotan ramai?
Saya rasa aneh.
Kenapa pakai niqab?
Saya tidak mahu bergerak jauh dalam perbahasan yang orang putih kata complicated. Saya tak suka macam itu. Maka saya senang mengajak wanita-wanita yang memakai niqab, yang berhajat memakai niqab untuk muhasabah kembali niat mereka memakai niqab itu sendiri.
Kenapa pakai niqab?
Jika nak dapat redha Ilahi, jika hendak menjaga diri dari fitnah, apakah pantas kita menangkap gambar dan meletakkanya di web sosial untuk tontonan umum?
Melainkan, kalau kita pakai niqab ini, tujuannya agar nak orang puji kita ini beriman tinggi sebab mampu pakai niqab, tujuannya nak orang beri perhatian pada kita sebab kita ni pakai niqab, tujuannya agar ada orang tertarik dengan kita sebab orang pakai niqab ni selalunya orang claim sebagai solehah.
Kenapa pakai niqab?
Ini titik permulaan sebenarnya, yang kita kena lihat semula.
Atas dasar apa kita memakai niqab?
Ikut-ikut? Tuntutan? Kepopularan? Hendakkan perhatian? Kewajipan?
Imej
Kenapa saya tergerak memanjangkan hal ini di dalam nota ini?
Kerana imej Islam sedang terlekat pada orang yang memakai niqab, lebih berat dari orang lain. Ya lah, apabila memakai niqab, orang akan kata kita ni beriman kuat, thiqah, sungguh-sungguh amal Islam. Itu pandangan kebiasaan orang.
Justeru, apabila kita dipandang sedemikian rupa, kemudian kita pula melakukan sesuatu yang diluar pandangan orang itu, maka pastinya akan menimbulkan fitnah kepada Islam.
“Ish, ada patut dia buat camtu? Dia dah la pakai niqab”
“Pakai niqab, tapi sembang dengan lelaki macam biasa aje”
“Pakai niqab pun nak tangkap gambar lebih-lebih ke?”
Orang akan perhatikan dari segenap penjuru. Kita boleh kata dengan mudah: “Saya pun manusia” Tapi pada saya, bukan semua akan mendengar alasan itu. Mereka yang tidak faham Islam, akan memandang buruk Islam hanya kerana sikap pemakai niqab.
Tujuan niqab adalah untuk menutup fitnah, tapi kita dengan niqab, membuka fitnah baru yang lebih buruk.
Sebab itu, balik semula kepada niat tadi.
Kenapa pakai niqab? Dari niat inilah kita berusaha menetapkan diri kita sebenarnya. Barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan bergerak kepada Allah dan rasul-Nya.
Pakai, pakai dengan serius
Artikel ni, bukan suruh tanggal niqab ya. Cuma saya mengajak mereka yang memakai niqab, mereka yang berhajat memakai niqab, agar memakainya dengan kefahaman, dengan penuh keseriusan.
Jangan jadikan Niqab ini fesyen.
“Orang solehah dia pakai niqab”
“Orang dakwah-dakwah ni, kena pakai niqab”
Tidak. Jangan begitu. Kalau kamu pakai niqab kerana itu, maka niqab kamu sudah menjadi fesyen, bukan lagi kerana mendapat redha Allah, bukan lagi kerana ingin menutup fitnah. Niqab kamu nanti hanya sekadar menjadi – trend orang dakwah. Kenapa pakai? Sebab kalau nak berdakwah, kena pakai niqab baru nampak macam pendakwah.
Jangan.
Tak pakai niqab bukannya tak solehah. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqab, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqab. Tak pakai niqab juga, bukanlah tidak boleh berdakwah dan berada atas jalan tarbiyah. Sejak bila, niqab menjadi lesen untuk semua itu?
Bagi yang memakai niqab, teruskan dan perbaiki peribadi kamu. Kamu menjadi pandangan dan perhatian manusia lain. Ada yang ingin menghina, maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu. Ada yang ingin mencontohi, maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu. Ada yang ingin menghargai, mempercayai, maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka.
Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah, mendapat mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’, dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh. Lebih buruk lagi, kejatuhannya memburukkan pula Islam.
Maka, pakailah dengan serius.
Saya ulang, dengan serius. Bukan sebab main-main, bukan sebab ikut, bukan sebab trend, bukan sebab fesyen.
Penutup: Sama-sama islah diri sebenarnya
Artikel ini, bukanlah nak kata perempuan yang tak pakai niqab tu tak payah jaga diri, boleh siar gambar macam-macam angle dan melakukan apa yang saya kata pada pemakai niqab tadi tak patut buat.
Sama sahaja tuntutan yang tak pakai niqab dengan yang pakai niqab. Cuma kenapa saya tekankan hal ini kepada yang berniqab? Adalah kerana orang yang pakai niqab ni, orang pandang lebih, orang ingat iman mereka tinggi, orang rasa mereka faham agama banyak. Jadi bila mereka buat something yang tak kena dengan Islam, orang akan salahkan Islam.
Bagi yang tak pakai niqab, saya tak suruh anda pakai niqab kalau tak perlu.Tapi kalau anda nak pakai, itu terpulang kepada anda. Cuma kalau nak pakai, perhatikan niat, pakai dengan serius. Dan bukanlah kalau anda tidak memakai niqab, bermakna anda boleh buat sesuka hati sahaja.
Semua perempuan kena jaga diri, kena pelihara diri, kena sayang dengan kebersihan diri sendiri.

Subscribe to:
Comments (Atom)